Putrajaya mendedahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika
mentadbir negara dahulu turut menjual aset Khazanah Nasional (Khazanah).
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
berkata, ketika era pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak sebanyak 84 aset Khazanah telah dijual.
Loading...
“Pelupusan aset ini bukanlah satu aktiviti baharu di dalam
pentadbiran tahun 2009 hingga 2018 ia telah dilakukan.
“Pada tahun 2009 yang menjadi Perdana Menteri adalah ahli
Parlimen Pekan (Najib), beliau melupuskan lapan aset, 2010 lupus tujuh aset,
2011 (lapan aset), 2012 (10 aset), 2013 (enam aset), 2014 (enam aset), 2015 (10
aset), 2016 (13 aset), 2017 (12 aset) dan bagi empat bulan pertama 2018 beliau
lupus empat aset.
"Jumlah aset yang dilupuskan oleh Pekan adalah 84 aset
Khazanah, jadi di mana Pekan ingin menyanggah keputusan kerajaan baru (jual
aset) untuk memastikan pulangan yang kita perolehi lebih baik,” katanya di
Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahmad Hamzah
(BN-Jasin) yang meminta menteri menjelaskan apakah justifikasi kerajaan menjual
aset Khazanah yang mendatang pulangkan yang baik ketika pasaran menurun.
loading...
Beliau juga meminta kerajaan menjelaskan, punca Khazanah
mengalami kerugian RM6.3 bilion pada tahun 2018 dan terkejut dengan pengumuman
menteri kononnya kentungan dapat dicapai sehingga RM5 bilion sedangkan banyak
aset dijual.
Azmin kemudian menjelaskan, kerugian yang dihadapi pada
tahun 2018 hasil kelemahan pelaburan dibuat kerajaan terdahulu.
“Kerajaan mengambil maklum bahawa Khazanah mengalami
kerugian RM6.3 bilion pada tahun 2018, saya juga nak tegaskan kerugian
dicatatkan ini adalah hasil daripada pelaburan tidak strategik oleh pentadbiran
lama, aset-aset yang mereka labur tidak beri nilai tambah dan tidak beri pulang
baik kepada
.
Khazanah sebab itu kita mengalami kerugian cukup besar.
“Namun saya juga nak rakam dalam dewan ini kerugian ini
sebenarnya telah tercatat dalam pentadbiran lalu tetapi tidak diambil kira
rosot nilai dalam penyata kewangan, tidak berlaku ketelusan dalam pengurusan
kewangan pada ketika itu.
“Sebab itu apabila kerajaan baharu ambil alih, kita
mengambil kira rosot nilai yang diambil kira aset yang dibuat pentadbiran lama
sebab itu kita dapat maklum kerugian dialami ialah RM6.3 bilion,” katanya.
Azmin berkata, keputusan kerajaan menjual aset Khazanah
bertujuan mendapatkan pelabur baharu. - Sinar Harian
Mohamed Azmin dedahkan 84 aset Khazanah dijual ketika pentadbiran Najib
Reviewed by Faceless
on
22:10
Rating:

No comments: