Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes
seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki menghina agama Islam di laman sosial
baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang
berkata polis menahan lelaki berkenaan selepas dia menyerah diri di Ibu Pejabat
Polis Daerah Timur Laut, Selasa lepas, dan lelaki berumur 63 tahun itu sudah
dibebaskan dengan jaminan polis semalam.
Loading...
"Polis sedang menjalankan siasatan lanjut kes itu
termasuk melengkapkan siasatan dengan merekodkan keterangan daripada beberapa
pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan individu yang membuat laporan
polis berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita di George Town hari
ini.
Beliau berkata polis menerima lapan laporan selepas laman
sosial Facebook lelaki yang menggunakan nama ‘KT Vasagam’ itu memuatkan
kenyataan yang dikatakan menghina agama Islam pada hari Isnin lepas menjadi
tular.
Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan.
loading...
Sementara itu, dalam perkembangan lain Ketua Polis Daerah
Seberang Perai ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis mendapat
beberapa maklumat baharu yang dipercayai dapat membantu siasatan kejadian
tembak membabitkan seorang pemandu jentera angkat susun sebuah kilang di
hadapan sebuah apartmen di Taman Inderawasih, Perai dekat George Town awal pagi
6 Okt lepas.
Bagaimanapun beliau tidak dapat mendedah butiran maklumat
kerana akan menganggu siasatan kes susulan suspek kini dipercayai berada di
negeri jiran.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.08 pagi itu, pemandu
jentera angkat susun sebuah kilang berumur 26 tahun itu cedera parah selepas
ditembak lelaki tidak dikenali dalam kejadian di hadapan sebuah apartmen di
Taman Inderawasih, Perai dekat George Town.
- Bernama
Polis lengkapkan kertas siasatan kes lelaki hina Islam
Reviewed by Me
on
16:29
Rating:

No comments: