Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan
mengeluarkan notis kompaun terhadap 80 individu dan entiti bagi mendapatkan
semula wang yang mengalir keluar daripada 1MDB.
Berdasarkan senarai, antara yang menerima notis kompaun
tersebut termasuk bekas pengerusi kumpulan CIMB Nazir Razak, anggota Parlimen
Pontian Ahmad Maslan dan bekas Pengerusi Felda, Shahrir Samad.
Loading...
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, jumlah notis
kompaun bernilai RM420 juta itu perlu dijelaskan oleh mereka dalam tempoh dua
minggu dari sekarang.
Jelasnya, tindakan itu disiasat mengikut Seksyen 92 (1) Akta
Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil
daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).
Sekiranya gagal membayar kompaun itu, pihak terbabit akan
dihadapkan ke mahkamah, katanya.
“Semua wang yang terlibat ini adalah milik rakyat dan SPRM
akan menuntut semula sebanyak yang mungkin.
loading...
“Wang yang terlibat keluar ini melibatkan transaksi melalui
bayaran cek,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Ibu
Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.
Menurut Latheefa, Nazir yang juga adik kepada bekas perdana
menteri Najib Razak, adalah antara individu menerima jumlah wang tertinggi
daripada senarai 80 penerima iaitu berjumlah RM25.7 juta.
Katanya, bagi syarikat pula, penerima wang tertinggi ialah
Solar Shine Sdn Bhd yang menerima RM134 juta.
Turut menerima notis ialah bekas setiausaha politik kepada
bekas perdana menteri, Mohamad Fatmi Che Salleh, Puteri Umno Malaysia, Badan
Perhubungan Umno Perak dan Pulau Pinang, 15 Umno bahagian, MIC, Jawatankuasa
Perhubungan MCA Selangor, Parti Rakyat Sarawak, Gerakan Kedah dan Parti
Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Kedah.
Organisasi yang turut menerima wang berkenaan ialah Koperasi
Belia 1Malaysia Wilayah Persekutuan Berhad, MASCOM Communications, IPF Building
Fund serta Badan Rekreasi dan Komuniti Pengerang, selain 23 syarikat. - Malaysiakini
SPRM kompaun 80 penerima 1MDB tuntut semula RM420j
Reviewed by Faceless
on
23:59
Rating:

No comments: