Foto Harian Metro
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr
Siti Hasmah Mohd Ali dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif sempena
Istiadat Konvokesyen Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ke-15
hari ini.
Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah masing-masing menerima
Penganugerahan Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif (Pembangunan Kesenian
Kebudayaan) dan Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif (Promosi Seni Kreatif)
yang disampaikan oleh Rektor Aswara Prof Madya Sahar Sa' di Hashim di Akademi
ASWARA di Kuala Lumpur.
Loading...
Penganugerahan itu sebagai penghargaan dan penghormatan
tinggi terhadap Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah di atas jasa dan pengorbanan
mereka dalam membangun serta melestarikan bidang kesenian, kebudayaan dan
warisan.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pelancongan, Seni
dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.
Istiadat konvosyen itu menyaksikan 171 graduan daripada
tujuh fakulti menerima Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Diploma manakala
lima graduan daripada Pusat Pengajian Pasca Siswazah menerima Ijazah Sarjana
Seni Kreatif dan Ijazah Doktor Falsafah Seni Kreatif.
ASWARA terdiri daripada Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya,
Penulisan Kreatif dan Filem, Tari, Teater, Muzik, Animasi dan Multimedia dan
Rekaan Komunikasi Visual.
loading...
ASWARA yan telah beroperasi selama 25 tahun merupakan
institusi pengajian tinggi khusus dalam bidang seni yang menawarkan 28 program
akademik di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Doktor
Falsafah.
Kesemua program itu mendapat pengiktirafan akreditasi Agensi
Kelayakan Malaysia (MQA).
- Bernama
Dr M dan isteri terima ijazah kehormat seni kreatif
Reviewed by Me
on
21:55
Rating:
No comments: