Foto straitstimes
Cyprus sedang memulakan proses membatalkan kewarganegaraan
daripada 26 individu, termasuk ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, yang
memperoleh kerakyatan negara itu melalui program pelaburan, lapor Bloomberg.
Laporan itu memetik pegawai kanan kerajaan berkata 26
individu itu adalah sembilan rakyat Rusia, lapan Kemboja, enam China, dua
Kenya, satu Malaysia dan satu Iran.
Loading...
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Constantinos Petrides
dipetik Bloomberg berkata proses penarikan balik kerakyatan tertumpu kepada para
pelabur yang memperolehi sejumlah 26 pasport termasuk untuk ahli keluarga
mereka.
Menteri itu berkata Cyprus juga akan mengkaji semula semua
individu yang telah memperoleh kira-kira 4,000 pasport di bawah program itu
manakala kerajaan merancang untuk memastikan pematuhan dan pelaksanaan rangka
kerja program pelaburan yang ketat.
Menteri Dalam Negeri Cyprus, Constantinos Petrides.
Menurut Petrides, program pelaburan untuk pasport itu telah
memberi manfaat kepada Cyprus dan negara perlu melindungi imejnya.
loading...
Sebelum ini, Presiden Cyprus, Nicos Anastasiades dilaporkan
bersetuju agar pasport yang diberikan negara itu kepada ahli perniagaan dalam
buruan Jho Low ditarik balik.
"Sudah tentu ya," katanya dipetik oleh Cyprus Mail
ketika ditanya mengenai perkara itu.
Bagaimanapun, Anastasiades menjelaskan siasatan perlu
dilakukan terlebih dahulu untuk membatalkan pasport Jho Low.
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador pada 4 November lalu
pula menyifatkan tindakan negara tertentu yang melindungi Jho Low sebagai tidak
bertanggungjawab.
Low dituduh sebagai dalang disebalik skandal 1MDB yang
menyaksikan AS$4.5 bilion dilesapkan daripada syarikat pelaburan negara itu. - Malaysiakini
Cyprus mulakan proses lucut kerakyatan Jho Low
Reviewed by Me
on
16:15
Rating:
No comments: