Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa
bekas perdana menteri Najib Razak mengarahkan mesyuarat diadakan bagi
membincangkan pengguguran sebahagian daripada laporan audit berkaitan 1MDB.
Loading...
Dalam keterangannya, bekas ketua setiausaha negara Ali Hamsa
mengesahkan mesyuarat itu dipanggil oleh Najib.
Ali, yang menjawat jawatan itu dari 2012 hingga Ogos 2018,
dipanggil sebagai saksi pihak pendakwaan, lapor Malaysiakini.
loading...
Beliau mengesahkan Najib memberi arahan untuk mengadakan
mesyuarat bagi menggugurkan sebahagian daripada laporan audit 1MDB.
Najib mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas
dakwaan menerima suapan dalam bentuk perlindungan daripada tindakan etika,
sivil atau jenayah terhadapnya berkaitan 1MDB, dengan mengarahkan pengubahan
laporan audit akhir sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang
Negara.
Najib panggil mesyuarat untuk ubah laporan audit 1MDB - Ali Hamsa
Reviewed by Me
on
23:16
Rating:

No comments: