Kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)
Parlimen Tanjung Piai, Sabtu lepas adalah mesej rakyat kepada kerajaan supaya
menunaikan janji manifesto, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Loading...
“Apa yang rakyat mahu lihat adalah bahawa kita kena
menunaikan janji-janji yang kita telah buat. Oleh itu, saya rasa adalah penting
bahawa PH memberi tumpuan untuk menunaikan janji-janji tersebut seperti mana
yang digariskan dalam manifesto pilihan raya PH.
"Saya yakin kalau kita berusaha bersungguh-sungguh,
rakyat akan membuat penilaian sendiri, dan membuat keputusan yang memihak
kepada kerajaan PH,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis
menandatangani memorandum persefahaman antara SME Bank Bhd, Malaysia Rail Link
Sdn Bhd and China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) di hari
ini.
loading...
Bagaimanapun, Lim yang juga Menteri Kewangan menepis dakwaan
isu peruntukan belanjawan untuk Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC)
adalah satu-satunya penyebab kekalahan Pakatan Harapan pada PRK Tanjung Piai.
PRK Tanjung Piai yang berlangsung pada 16 Nov menyaksikan
calon Barisan Nasional Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenanginya dengan majoriti
15,086 undi.
Wee bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai selama dua penggal,
memperoleh 25,466 undi mengatasi calon PH, Karmaine Sardini yang mendapat
10,380 undi, calon Gerakan Wendy Subramaniam (1,707), diikuti Datuk Dr
Badhrulhisham Abdul Aziz daripada Berjasa (850) and dua calon Bebas, Dr Ang Chuan
Lock (380) dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar (32).
- Bernama
Kekalahan di Tg Piai mesej rakyat agar PH tunaikan janji, kata Guan Eng
Reviewed by Me
on
16:59
Rating:

No comments: