Foto The Star Online
Anggota majlis tertinggi Umno, Lokman Noor Adam mendakwa
anggota Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein mengetuai pertemuan sekumpulan
anggota parlimen di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali di
Putrajaya malam tadi.
Beliau berkata, Hishamuddin sekali lagi mengkhianati rakyat
Malaysia khususnya pengundi di Tanjung Piai yang baru sahaja memenangkan calon
BN dua hari lalu.
Loading...
"Apa pula alasan yang mahu beliau berikan apabila
beliau membawa 22 orang MP BN ke rumah menteri 'semburit' Azmin Ali di Presint
8, Putrajaya?
"Walaupun bukan semua 22 MP ini menyokong Mahathir,
tidakkah beliau sedar betapa kecewanya ribuan jentera BN dan PAS yang berkerja
keras di Tanjung Piai apabila beliau melakukan pengkhianatan ini," kata
Lokman dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah malam tadi, kira-kira sejam
selepas pertemuan itu diadakan, lapor Malaysiakini.
Sumber berkata sekurang-kurangnya 22 anggota parlimen BN dan
lima anggota parlimen PKR hadir pada pertemua itu,
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin
dan Timbalan Menteri Pengangkutan Kamarudin Jaffar, antara anggota parlimen PKR
yang dilihat turut berada di kediaman Azmin malam tadi.
loading...
Azmin dan Hishammuddin sebelum ini dikatakan terlibat dalam
usaha menggerakkan sokongan anggota parlimen terhadap Mahathir dan menghalang
Presiden PKR, Anwar Ibrahim daripada mengantikannya sebagai perdana menteri.
Tekanan terhadap Mahathir meningkat berikutan kekalahan
teruk Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kecil Tanjung Piai Sabtu lepas, di
mana beberapa pemimpin gabungan itu menyalahkan perdana menteri.
Bagaimanapun, Azmin secara tegas mempertahankan Mahathir.
Gesa Umno ambil tindakan tegas
Lokman, dalam kenyataannya, mendakwa Hishammuddin bertindak
sebagai "orang tengah" bagi Mahathir, yang merupakan pengerusi
Bersatu.
"Sebelum ini Hisham bermaharaja menjadi orang tengah
Tun Mahathir untuk membawa masuk pimpinan dan MP Umno ke PPBM (Bersatu) tanpa
sebarang tindakan disiplin daripada pimpinan Umno.
"Setiap kali bila diajukan soalan kenapa beliau
menghasut MP Umno untuk menyertai PPBM, beliau kerap memberi alasan beliau
mengepung MP-MP BN bagi mengelakkan mereka menyertai PPBM," katanya.
Lokman berkata beliau telah membuat aduan disiplin terhadap
Hishammuddin pada 30 Okt lalu.
"Saya mengesa agar siasatan segera dijalankan dan
tindakan disiplin diambil kepada mereka yang mempengaruhi pimpinan dan MP Umno
untuk menyokong kepimpinan Mahathir, mahupun Azmin, sekali gus menghampakan
harapan rakyat untuk melihat parlimen dibubarkan.
"Tindakan Hisham bertentangan dengan keputusan MT Umno
yang sudah pun memutuskan tiada kerjasama akan dijalankan dengan mana-mana
parti dalam Pakatan Harapan.
" Saya berharap tiada pihak mempertahankan
pengkhianatan yang dilakukann oleh Hishammuddin ini. Parti perlu mengambil
tindakan tegas," katanya.
'Hisham ketuai pertemuan MP di rumah Azmin', dakwa Lokman Adam
Reviewed by Me
on
16:55
Rating:

No comments: