PM: Kongres bantah tulisan jawi mungkin undang tindak balas


Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran mengenai akibat sekiranya kumpulan pendidikan Cina Dong Jiao Zong meneruskan kongres yang dirancang berhubung pengajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah vernakular.

Perdana Menteri berkata ia mungkin mengakibatkan kaum Melayu juga menganjurkan kongres mereka bagi membincangkan usaha menutup sekolah-sekolah vernakular Cina.

Loading...

Bercakap kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) di sini hari ini, beliau menegaskan bahawa dalam negara berbilang kaum ini, apa yang penting adalah bagi setiap pihak bertimbang rasa terhadap sentimen pihak lain.

Ditanya sama ada kongres itu perlu dihentikan, Dr Mahathir yang juga pengerusi Sidang Kemuncak KL menjawab: “Ini negara bebas, negara yang membenarkan kebebasan bersuara.

“Tapi kita juga perlu sensitif terhadap kaum lain yang tinggal di negara ini. Jika anda mula buat serangan terhadap kaum lain, atau melanggar perlembagaan negara, akhirnya ia akan mengakibatkan huru-hara, ketidakstabilan, dan semua orang menjadi miskin, dan akhirnya kita akan lihat ramai rakyat Malaysia berhijrah ke negara lain.

Dr Mahathir turut memberi amaran mengenai kesan sekiranya orang ramai mulai bergaduh antara satu sama lain.

“Jika anda buat perkara ini, sama seperti banyak negara-negara lain, mereka akan bawa pergaduhan ini ke jalanan, bergaduh sesama sendiri, baling gas pemedih mata dan sebagainya. Jika anda mahu Malaysia jadi seperti itu, teruskanlah,” kata Perdana Menteri.

Walaupun mendapat bantahan mengenai pengajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah vernakular, bulan lepas Mahkamah Tinggi di George Town memutuskan bahawa pengajaran tulisan Jawi adalah sebahagian daripada Bahasa Malaysia, dan boleh diajar di sekolah-sekolah Cina dan Tamil. - Bernama
PM: Kongres bantah tulisan jawi mungkin undang tindak balas PM: Kongres bantah tulisan jawi mungkin undang tindak balas Reviewed by Faceless on 08:04 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.