Bantah kenyataan Dr M: India panggil duta Malaysia


Kerajaan India memanggil Duta Besar Malaysia semalam bagi memaklumkan bantahan rasmi terhadap kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, kata sumber rasmi.

Akhbar Times of India melaporkan duta Malaysia diberitahu kenyataan perdana menteri itu tidak selaras dengan amalan diplomatik supaya tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain dan hubungan dua hala.

Loading...
"Kenyataan itu sama sekali tidak bermaklumat dan tidak sensitif. Malaysia diminta untuk mengambil pandangan jangka panjang dan strategik mengenai hubungan dua hala," kata laporan itu, memetik sumber-sumber yang tidak dinamakan lapor Malaysaikini.

Pada Jumaat, Kementerian Luar Negeri India menyifatkan kenyataan Mahathir tidak tepat dan menggesa Malaysia tidak mengulas perkembangan dalaman di India “tanpa memahami fakta-faktanya dengan betul."

Pentadbiran Narendra Modi berkata Akta Pindaan Kewarganegaraan itu untuk membantu minoriti bukan Islam dari Afghanistan, Bangladesh dan Pakistan yang datang ke India sebelum 2015 dengan memberikan mereka kerakyatan.

Penunjuk perasaan berkata pengecualian terhadap orang Islam itu menunjukkan diskriminasi komuniti itu, yang membentuk 14 peratus daripada penduduk India, dan undang-undang baru itu didakwa sebagai langkah kerajaan nasionalis Hindu untuk meminggirkan mereka.

Bagaimanapun, Dr Mahathir menolak kritikan India berhubung kenyataannya tentang undang-undang baru kewarganegaraan negara itu.

Dalam sidang media selepas penutup Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 semalam, Mahathir berkata beliau hanya menyuarakan pendapatnya apabila mempersoalkan keperluan undang-undang itu.
Bantah kenyataan Dr M: India panggil duta Malaysia Bantah kenyataan Dr M: India panggil duta Malaysia Reviewed by Faceless on 20:51 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.