Nana takut? Raja Permaisuri mengusik Agong di Bukit Bendera


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat The Habitat, antara destinasi tarikan yang terdapat di Bukit Bendera.

Seri Paduka berdua menaiki funikular ke stesen atas puncak Bukit Bendera pada pukul 4.30 petang diiringi Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan isteri Tan Lean Kee serta Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera (PHC) Datuk Cheok Lay Leng.

Loading...
Semasa lawatan di The Habitat, Seri Paduka berdua diberikan taklimat oleh pengasas The Habitat, Harry Cockrell.

The Habitat yang terletak di puncak Bukit Bendera berada dalam Hutan Simpanan Kekal Bukit Kerajaan di mana pengunjung dapat menikmati keindahan alam semulajadi secara dekat.

Selain itu, ia turut menempatkan beberapa bangunan bersejarah seperti Bel Retiro, Convalescent dan Fern Hill.

Laluan hutan yang merentasi The Habitat diberi nama Denai Alam Semulajadi. Denai sepanjang 1.6 kilometer itu ibarat sempadan kepada Hutan Simpanan Kekal Bukit Kerajaan itu.

Hutan simpanan kekal yang berusia 130 juta tahun itu telah diwartakan pada tahun 1911 dan merupakan antara hutan simpanan yang tertua di negara ini.

Sepanjang lawatan tersebut, Al-Sultan Abdullah turut meluangkan masa melawat Curtis Crest Tree Top Walk.

Ketika Al-Sultan Abdullah berada Curtis Crest Tree Top Walk, Tunku Azizah yang berada di bawah sempat mengusik Seri Paduka dengan bertanya: “Nana oh Nana, are you ok Nana? Takut Nana, takut? Are you ok?”

Soalan Tunku Azizah itu turut mencuit hati tetamu.

Seri Paduka berdua kemudiannya merentasi Langur Way atau Canopy Walk sepanjang 230 meter.

Seusai lawatan itu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berangkat ke majlis santapan petang di Bel-Retiro. — Bernama
Nana takut? Raja Permaisuri mengusik Agong di Bukit Bendera Nana takut? Raja Permaisuri mengusik Agong di Bukit Bendera Reviewed by Faceless on 20:55 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.