Peguam Negara Tommy Thomas akan mempertimbangkan untuk
membuka semula kes pembunuhan wanita Mongolia yang dikaitkan dengan bekas
perdana menteri Najib Razak, susulan harapan yang disuarakan bapa mangsa supaya
kerajaan baru dapat mencari keadilan untuk anaknya
Dua bekas anggota dan pegawai polis daripada Unit Tindakan
Khas (UTK) disabitkan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.
Loading...
“Semua orang tahu bahawa tidak masuk akal mereka berdua
sahaja melakukan perkara itu,” kata Thomas dalam temu bual pada Jumaat lalu.
“Jadi kita tahu cerita itu tidak lengkap.”
Mahkamah yang menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua
lelaki itu bergelut dengan kekurangan motif pembunuhan, sedangkan kenyataan
yang dibuat salah seorang tertuduh, Azilah Hadri dalam akuan berkanun (SD)
baru-baru ini menunjukkan kemungkinan terdapat motif di sebalik pembunuhan
tersebut, kata Thomas.
“Lebih banyak lagi pihak polis perlu siasat dan kami akan
melihatnya,” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan membuka semula kes
itu.
loading...
Azilah sedang mendapatkan perbicaraan semula melalui SD yang
dibuatnya dengan menuduh bekas Najib mengarahkannya untuk menangkap dan
menghapuskan Altantuya tanpa kesan atas alasan wanita itu seorang pengintip
asing yang memberi ancaman kepada keselamatan negara.
Najib menafikan sebarang penglibatannya dalam kes itu. Pada
Jumaat lalu, beliau mengangkat sumpah laknat bahawa beliau tidak pernah memberi
arahan seperti yang didakwa dan tidak pernah berjumpa dengan wanita tersebut.
Pendirian pihak pendakwaan itu akan memberikan kelegaan
kepada Shaariibuu Setev, yang menghabiskan lebih 1 dekad mencari noktah atas
kematian anaknya.
Dia berkempen supaya Malaysia meringankan hukuman terhadap
kedua-dua tertuduh melalui rundingan supaya Australia, yang menjadi tempat
seorang lagi tertuduh iaitu Sirul Azhar Umar mendapatkan suaka daripada hukuman
mati, bersetuju menghantar pulang lelaki berkenaan untuk memberitahu kisah
sebenar di sebalik pembunuhan tersebut.
Shaariibuu berkata beliau tidak mahu hukuman mati dikenakan
ke atas mereka. “Melenyapkan pegawai-pegawai ini adalah cara yang janggal untuk
menghilangkan bukti,” katanya dalam temu ramah di Ulaanbaatar pada 3 Okt.
Altantuya adalah jurubahasa yang boleh berbahasa Rusia dan
Cina, kerana dia membesar dan belajar di Rusia serta Mongolia, sebelum ke China
untuk mempelajari bidang ekonomi, kata Shaariibuu.
Saksi-saksi dalam perbicaraan kes itu pada 2007 berkata
Altantuya bekerja sebagai penterjemah dan terlibat dalam pembelian kapal selam
kelas Scorpene kerajaan, yang kini menjadi subjek siasatan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia dan pihak berkuasa Perancis.
Altantuya mati di Malaysia selepas dibawa ke lokasi
terpencil di dalam hutan oleh kedua-dua lelaki yang disabitkan dengan kesalahan
tersebut.
Laporan polis menunjukkan bahawa wanita itu ditembak dan
kemudian diletupkan menggunakan bahan letupan C4, yang mana Shaariibuu percaya
ia digunakan untuk menghapuskan bukti.
Bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda, yang mengakui
mempunyai hubungannya sulit dengan Altantuya, dibebaskan daripada tuduhan
bersubahat dengan pembunuhan itu kerana kekurangan bukti.
Shaariibuu memfailkan saman sivil terhadap Malaysia bagi
mendapatkan ganti rugi untuk keluarganya. Dia bagaimanapun menghadapi
kesukaran, kerana mahkamah enggan menggunakan bukti yang dikemukakan dalam
perbicaraan jenayah untuk kes sivil, sehingga memaksanya mencari dana untuk
menerbangkan saksi-saksi dari Mongolia, Amerika Syarikat dan Australia untuk
memberi keterangan.
Dia yang merupakan pesara pensyarah universiti, mendapatkan
derma untuk membantu membayar yuran guamannya dan kos membangunkan semula bukti
yang dibentangkan dalam kes jenayah.
“Terserah kepada Malaysia untuk menyelesaikannya,” kata
Shaariibuu. “Ia reputasi mereka, dan reputasi sistem pengadilan mereka.” - Bloomberg/FMT
AG pertimbang buka semula kes Altantuya
Reviewed by Faceless
on
23:04
Rating:
No comments: