Kementerian Pembangunan Usahawan nafi terlibat program Boy Iman


Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) hari ini menafikan penglibatan dalam program Fingo Star anjuran Fingo (M) Sdn Bhd dan Kelab Usahawan Selebriti.

Loading...
Dalam kenyataan hari ini, MED memaklumkan kementerian itu tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program yang dikendalikan oleh bekas pelakon, Datuk Noruliman A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman itu.

loading...
"MED dimaklumkan mengenai paparan laman sosial Datuk Boy Iman (Instagram: dbi_datoboyiman) bertarikh 26 Nov 2019 berkenaan program bertajuk Fingo Star anjuran Fingo (M) Sdn Bhd dan Kelab Usahawan Selebriti”, yang dikendalikan oleh Datuk Boy Iman, yang jelas menyatakan penglibatan MED dalam program itu,” menurut kenyataan berkenaan. ― Bernama
Kementerian Pembangunan Usahawan nafi terlibat program Boy Iman Kementerian Pembangunan Usahawan nafi terlibat program Boy Iman Reviewed by Faceless on 23:15 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.