Melalui Twitternya semalam Permaisuri Agong berkongsi ciapan seorang pengikutnya dengan imej buku teks bahasa Melayu darjah empat yang memaparkan tiga muka surat pengenalan tulisan Jawi.
"Ini sahaja kan," titah Permaisuri Agong, Tuanku
Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merujuk kepada tiga muka surat pengenalan
Jawi untuk murid-murid Tahun Empat di sekolah rendah.
Loading...
Dalam ciapan pengikut Twitter Tuanku Azizah yang menggunakan nama Zamil
Yasrawi berkata setiap pelajar di negara ini wajib mengetahui tulisan pada
simbol rasmi negara.
yg ni je kan ! https://t.co/L5gIBMPZ1K— Tunku Azizah Mahmood Iskandar (@cheminahsayang) December 25, 2019
"Setiap pelajar sekolah dalam Malaysia wajib mengetahui
apa tulisan yang terkandung pada Jata Negara dan wang Ringgit. Anyway its a
simbol rasmi Malaysia, kan," ciap Zamil di twitternya.
Terdahulu Tuanku Azizah juga sempat membalas ciapan seorang
lagi pengikutnya, yang menggunakan nama Adly Arief.
loading...
“Tiada yang rasis, saya bercakap tentang keindahan Jawi dan
kesenian Islam. Tak perlu nak jadi Muslim untuk hargai perkara ini.
“Begitu juga seseorang itu tak perlu jadi Melayu untuk jadi
Muslim. Ada juga orang Melayu tapi bukan Muslim. Dalam Islam kita tidak terikat
dengan kaum tapi dengan kepercayaan dan keimanan kepada Allah,” tulisnya.
Tuanku Azizah bertitah demikian selepas Adly membalas ciapan
baginda yang mengatakan adalah rugi sekiranya orang Melayu tidak pandai menulis
Jawi.
“Kenyataan ini boleh timbulkan pertikaian kaum, tuanku.
“Tak bolehkah kita setuju alpabet Latin atau Roman sekadar
identiti budaya dan tidak ok untuk paksa kepada orang lain?” tulis Adly.
Tuanku Azizah sebelum itu berkata adalah merupakan satu
kerugian jika orang Melayu, Cina dan India di negara ini tidak memahami tulisan
masing-masing.
“Sayang kalau orang Melayu tak pandai tulis Jawi atau orang
Cina tak pandai tulisan Mandarin atau orang India tak pandai tulis Tamil. Orang
Siam dengan tulisan Siamnya.
“ABC itu universal dan global tapi kenalah pandai tulis cara
kita juga. Tambahkan ilmu, tak rugi,” ciapnya.
nothing racist, i m talking bout the beauty of Jawi and Islamic arts . one do not have to be Muslim to appreciate it . one do not have to be Malay to be a Muslim , there are Malays who are not Muslims either , in Islam we r not bounded by race but by our belief n faith in Allah https://t.co/YdxdtrsSLF— Tunku Azizah Mahmood Iskandar (@cheminahsayang) December 25, 2019
Isu Jawi: 'Ini je kan' - Permaisuri Agong rujuk tiga muka surat Jawi
Reviewed by Faceless
on
16:34
Rating:
No comments: