Foto The Sun Daily
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Ahli
Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali secara rasmi telah menyertai
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu, berkata, permohonan
oleh Azmin dan 10 yang lain untuk menyertai parti itu telah dipersetujui dan
diterima dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu.
Loading...
“Ini adalah pendirian parti,” katanya pada sidang media
selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama di sini, hari ini.
Pada 24 Februari lalu, Mohamed Azmin, yang juga Timbalan
Presiden PKR dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dipecat oleh parti
berkuat kuasa serta-merta.
loading...
Selain Mohamed Azmin, yang turut menyertai Bersatu ialah
Ahli Parlimen Ampang, Zuraida, Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk
Kamaruddin Ja’afar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal),
Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Ali Biju (Saratok), Willie Mongin (Puncak
Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).
Difahamkan seorang lagi Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr
Santhara Kumar akan menjadi ahli bersekutu Bersatu. — Bernama
Azmin, 10 bekas wakil rakyat PH sah sertai PPBM, kata PM
Reviewed by Faceless
on
16:55
Rating:
No comments: