Dr Noraini Ahmad meletakkan jawatan sebagai pengerusi
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen berkuat kuasa hari ini
selepas dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi.
Peletakan jawatan itu adalah berdasarkan Peraturan Mesyuarat
(PM) 77 (4) yang menyebut bahawa ".. Seseorang ahli Majlis tidak boleh
diangkat atau dilantik memegang atau memangku jawatan pengerusi atau menjadi
ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara semasa beliau menjadi seorang
menteri."
Loading...
Menerusi kenyataan, Ahli Parlimen Parit Sulong itu berkata
surat peletakan jawatan sudah dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat
Mohamad Ariff Md Yusof.
“Berikutan pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada
9 Mac berhubung pelantikan anggota Kabinet Kerajaan Malaysia, saya telah
dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi.
loading...
"Saya mengucapkan setinggi penghargaan dan ribuan
terima kasih kepada Mohamad Ariff Md Yussof atas segala kerjasama dan bantuan
yang diberikan kepada saya ketika menjawat jawatan pengerusi PAC selama
kira-kira 10 bulan bermula 11 April 2019," katanya.
Noraini juga berharap PAC akan terus menjadi Jawatankuasa
Parlimen yang memainkan peranan serta fungsi dalam semak dan imbang urusan
kewangan dan perbelanjaan negara bagi memastikan wang rakyat benar-benar
dibelanjakan secara berhemah dan telus.
Pemilihan Noraini sebagai pengerusi PAC dibuat bagi
menggantikan Ahli Parlimen Beluran Dr Ronald Kiandee yang keluar daripada Umno
dan menganggotai Bersatu yang merupakan komponen parti pemerintah PH.
Pelantikan ketika itu adalah sebagai memenuhi janji ke-16
buku manifesto PH pada PRU ke-14.
Manifesto PH menetapkan jawatan itu perlu disandang
pembangkang bagi tujuan semak dan imbang dalam kerajaan.
-Bernama
Noraini letak jawatan pengerusi PAC
Reviewed by Faceless
on
17:39
Rating:
No comments: