Dr Noor Hisham sebak umum khidmat 'panglima perang' berakhir hari ini


"Delima selasih, Duku mengkudu, Terima kasih, I love all of you."

Itulah serangkap pantun oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Rohaizat Yon, tanda 'hadiah' buat warga media yang tidak jemu memberikan liputan perkembangan harian berkaitan situasi COVID-19 negara.  

Loading...

Beliau yang merupakan antara ‘panglima tentera’ Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini bersara wajib setelah berjasa selama 35 tahun 10 hari dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  
loading...

"Terima kasih kepada media yang memberi liputan teramat besar (mengenai COVID-19). Peranan media dalam memberikan maklumat yang tepat dan pantas serta menghilangkan kerisauan rakyat dan menenggelamkan berita palsu yang sentiasa datang dari pelbagai sudut," katanya selepas sidang media perkembangan terkini COVID-19 hari ini. 


Sebak ketika mengumumkan persaraan panglima tenteranya yang setia berada di sisi kanannya, Dr Noor Hisham menzahirkan penghargaan atas komitmen yang tinggi dipamerkan Dr Rohaizat sepanjang beliau berkhidmat sebagai warga KKM. 
"Saya ingin maklumkan hari ini adalah hari terakhir salah seorang panglima perang saya, Datuk Dr Rohaizat Yon, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan yang bersara wajib pada 10 Jun. 
"Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr Rohaizat yang memberikan komitmen yang tinggi sepanjang perkhidmatan beliau," katanya. 


Berkongsi pengalamannya di tahun-tahun akhir perkhidmatan, Dr Rohaizat berkata menguruskan dan menangani wabak COVID-19 yang telah menjadi pandemik, merupakan saat paling sukar sepanjang tempoh kerjayanya.
Bertanggungjawab ke atas hospital-hospital di seluruh negara, Dr Rohaizat berkata beliau perlu memastikan segala peralatan di setiap hospital untuk merawat pesakit COVID-19, seperti katil, ventilator serta pelitup muka, mencukupi.
Selain itu, katanya, beliau juga perlu melaporkan situasi terkini COVID-19 kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba setiap hari pada pukul 7.30 pagi.


"Kemudian, turun dari bilik beliau (Dr Adham), saya akan menyertai Dr Noor Hisham untuk menghadiri mesyuarat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC).
"Setiap hari kecuali hari cuti, seperti hari raya, ada kelonggaran sedikit tetapi walaupun tiada sidang media diadakan pada hari tersebut, saya tetap kena datang untuk kumpul data," katanya.
Ditanya perancangannya selepas bersara, beliau berkata buat masa ini beliau mahu berehat memandangkan sejak Disember lepas, waktu bermulanya COVID-19 menjengah negara, beliau tidak pernah bercuti.
-- BERNAMA
Dr Noor Hisham sebak umum khidmat 'panglima perang' berakhir hari ini Dr Noor Hisham sebak umum khidmat 'panglima perang' berakhir hari ini Reviewed by Me on 06:07 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.