Ismail Sabri Belum Terima Laporan KKM Tentang Dakwaan Tukang Gunting Rambut Disyaki Positif Covid-19 Di Setapak
Gambar Hiasan
Dalam sesi soal jawab dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sebentar tadi, ada persoalan berkaitan tular di media sosial yang mendakwa seorang tukang gunting di Setapak disyaki dijangkiti Covid-19.
Loading...
Ismail Sabri menjawab, beliau masih belum mendapat laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan perkara tersebut. Jadi, beliau tidak berani memberi komen betul atau tidak.
loading...
Jika perkara itu betul, premis gunting rambut itu pastinya akan ditutup. Keduanya adalah saringan akan dibuat, sebab itulah pentingnya pelanggan mengisi maklumat peribadi tersebut, jawab Menteri Kanak Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri. (Rujuk video minit ke 129).
Tegasnya, untuk diingatkan sekali lagi, SOP apabila kedai gunting rambut dibuka adalah mana-mana tukang gunting warga asing hanya dibenarkan buka selepas mereka melakukan swab test saringan kesihatan ini dan keputusannya negatif baru kerajaan membenarkan mereka buka.
Jika ada tuan empunya, yang membenarkan pekerja warga asing bekerja tanpa menjalani swab test juga akan dikenakan tindakan kerana melanggar SOP yang ditetapkan.
Sumber: Sidang Media MKN/SiakapKeli
Ismail Sabri Belum Terima Laporan KKM Tentang Dakwaan Tukang Gunting Rambut Disyaki Positif Covid-19 Di Setapak
Reviewed by Me
on
02:17
Rating:
No comments: