Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya politik tipu helah ditolak dalam satu hantaran di laman Facebooknya malam ini.
Loading...
"Untuk membela rakyat atau sekadar meneruskan sistem lama yang lapuk dan usang?" soal beliau dalam laman sosial rasmi Ahli Parlimen Port Dickson itu.
loading...
Dipercayai hantaran itu dibuat susulan daripada pengumuman oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencalonkan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH).Keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat tidak rasmi pimpinan PH, Warisan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Keputusan mencalonkan Shafie dibuat secara sebulat suara.
Mesyuarat tidak rasmi itu juga bersetuju untuk mencalonkan masing-masing Anwar dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri I dan Timbalan Perdana Menteri II. - Sinar Harian
Tolak politik tipu helah, kata Anwar lepas Tun M umum Shafie calon PM
Reviewed by Me
on
18:43
Rating:

No comments: