Sebelum membentuk gabungan bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) 2018 lalu, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan DAP sentiasa bertelagah, saling menuduh sesama sendiri sebagai bersifat perkauman.
Loading...
Namun sejak itu, Dr Mahathir menarik balik tuduhannya dan mempertahankan DAP daripada persepsi sebegitu, manakala DAP pula menyokong Mahathir untuk menjadi perdana menteri buat kali yang ketiga.
Bagaimanapun, dalam temu bual bersama Asian Times, Mahathir menolak kemungkinan beliau menyertai DAP sekiranya beliau gagal merampas semula Bersatu daripada perdana menteri Muhyiddin Yassin.
loading...
Malah menurut laporan berkenaan, Dr Mahathir yang kini berusia 95 tahun itu bahkan ketawa ketika diajukan soalan berkenaan.
“Saya tak rasa saya akan masuk DAP. Kamu tahulah, mereka jadikan DAP kambing hitam. Mereka tuduh DAP mengawal kerajaan demi memenangi hati pengundi Melayu.
“Tapi kalau saya masuk DAP, parti yang didominasi orang Cina, saya tak rasa itu akan diterima oleh rakyat,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.
Tidak kira apa yang berlaku, kata Mahathir, dia akan terus mewakili orang Melayu.
“Saya sentiasa mewakili orang Melayu, sejak dari mula dah begitu, dan saya fikir, macam mana pun, saya akan teruskan juga begitu, sama ada masuk parti lain, atau jadi (wakil) bebas atau bentuk parti lain.
“Ini adalah pilihan yang saya rasa, saya belum perlu putuskan buat masa ini,” tambahnya.
Tun M mahu terus wakili Melayu, takkan sertai DAP
Reviewed by Me
on
02:50
Rating:

No comments: