'Kami akan lukis lagi besar jika diberikan peluang!'


Walaupun jelas kecewa perbuatan menconteng mural gergasi pemimpin negara seperti yang tular kelmarin namun ia tidak sesekali melunturkan pelukis-pelukisnya.


Loading...
Salah seorang pelukisnya Muhammad Suhaimi Ali berkata ia tidak melunturkan semangat mereka untuk terus melukis malah ia menjadi membakar semangat mereka untuk melakar lukisan yang lebih besar jika diberikan peluang.

“Luluh hati bila melihat hasil usaha keras kami menjadi mangsa vandalisme seperti ini. Bagaimanapun mereka yang buat (kerja) ini kena ingat, benda ini tidak akan sama sekali mematahkan semangat kami.
loading...

“Malah ia semakin membakar semangat kami untuk terus melukis, kami akan buat (lukis) lagi besar kalau diberikan peluang!,” katanya lapor MalaysiaGazette.

Mural gergasi itu yang dilukis pada dinding sebuah bangunan kedai antaranya memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang diconteng menggunakan cat merah.

Mural di Seksyen U12 Shah Alam yang dilukis awal bulan ini merupakan hasil karya tiga anak muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali, 27; Muhamad Firdaus Nordin, 26; dan Abdul Hadi Ramli, 27.

Menurutnya, usaha keras mereka dalam menghasilkan mural itu mengambil masa dua minggu untuk menyiapkan lima potret berkenaan.
'Kami akan lukis lagi besar jika diberikan peluang!' 'Kami akan lukis lagi besar jika diberikan peluang!' Reviewed by Me on 23:38 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.