'Tangkap, hukum segera' - Sultan Selangor murka, dukacita vandalisme mural pemimpin


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj melahirkan rasa murka dan sangat dukacita dengan kejadian vandalisme terhadap mural pemimpin negara seperti yang tular hari ini.
Kejadian tersebut berlaku di Taman Cahaya Alam dekat Seksyen U12 di sini.

Loading...

Sultan Sharafuddin menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Selangor, bertitah contengan kata-kata kesat di atas lukisan mural gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan serta beberapa pemimpin lain itu sebagai perbuatan yang sangat biadap.
"Baginda juga kesal dan kecewa kerana kejadian ke atas sebuah hasil karya seni ini berlaku di negeri Selangor.
"Baginda menghargai karya seni pelukis tempatan seumpamanya," titah baginda hari ini.


Sultan Sharafuddin juga berpandangan kejadian itu bukan dilakukan orang kurang siuman atau budak-budak nakal, tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebencian.
"Baginda berharap pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan," titah baginda.
'Tangkap, hukum segera' - Sultan Selangor murka, dukacita vandalisme mural pemimpin 'Tangkap, hukum segera' - Sultan Selangor murka, dukacita vandalisme mural pemimpin Reviewed by Me on 05:33 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.