Mahathir ulangi mungkin tubuh parti baru


Jika mahkamah - yang membuat pertimbangan berhubung penyingkiran beberapa ahli parlimen Bersatu - membuat keputusan tidak seperti diharapkan Dr Mahathir Mohamad pada awal Ogos ini, sebuah lagi parti politik mungkin akan ditubuhkan.

Loading...

"Jika kami digugurkan, kami harus mempertimbangkan kemungkinan untuk menubuhkan parti lain," kata Ahli Parlimen Langkawi dan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada ChannelNewsAsia semalam ahli politik berusia 95 tahun itu tidak membuat ketetapan sama ada akan menyertai pilihan raya umum (PRU) akan datang atau tidak.
loading...

"Itu hal yang belum saya putuskan, tetapi saya akan memainkan peranan sangat bersar dalam berkempen dan lain-lain.

"Jika saya berusia 98 tahun apabila diadakan PRU, sudah tentu akan ada kekangan fizikal, tetapi jika saya sihat, saya akan berikan sebanyak mungkin sokongan yang dapat," katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 7 Ogos sebagai tarikh keputusan mengenai permohonan Presiden Bersatu merangkap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengetepikan saman dikemukakan Mahathir serta empat yang lain.

Sebelum ini Mahathir dan penyokong setia beliau memohon untuk mencabar keputusan Bersatu menyingkirkan mereka daripada parti berkenaan.

Sumber: Malaysiakini
Mahathir ulangi mungkin tubuh parti baru Mahathir ulangi mungkin tubuh parti baru Reviewed by Me on 00:45 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.