Najib perlu bayar RM1.69 bilion kepada LHDN


KUALA LUMPUR, 22 Julai  -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu membayar RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai cukai yang tidak dibayar sejak 2011 hingga 2017.


Ia selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache hari ini membenarkan permohonan penghakiman terus LHDN dikenakan terhadap Najib.


Loading...

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.
Ahmad berkata apabila notis taksiran cukai LHDN yang memerlukan pembayaran dibuat kepada lembaga itu dikeluarkan terhadap pembayar cukai, mereka perlu membayar jumlah yang dituntut, termasuk bekas perdana menteri, kerana semua orang adalah sama di sisi undang-undang.

Beliau juga berkata Najib perlu membayar jumlah yang dituntut oleh LHDN sebagai “hutang’ kepada kerajaan.
-- BERNAMA
Najib perlu bayar RM1.69 bilion kepada LHDN Najib perlu bayar RM1.69 bilion kepada LHDN Reviewed by Me on 01:32 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.