Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, percaya
1Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat menjana keuntungan sekiranya kerajaan
Pakatan Harapan (PH) berusaha membangunkan dan memaksimumkan nilai aset-aset
syarikat itu seperti Tun Razak Exchange, Pulau Indah dan Bandar Malaysia.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, langkah itu perlu
dilaksanakan selain daripada membuat rundingan secara persahabatan bagi
mendapatkan semula wang yang dikatakan hilang.
Loading...
“Jika dilaksanakan dengan langkah-langkah positif untuk
memaksimumkan nilainya, 1MDB akan jana keuntungan biarpun selepas bayar hutang
mereka,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019
peringkat dasar, di Dewan Rakyat hari ini.
Bekas perdana menteri itu turut mengulangi gesaan agar
kerajaan PH mendedahkan dokumen perjanjian penyelesaian di antara syarikat Abu
Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC), dan 1MDB yang
didakwanya akan membuktikan harta Malaysia masih terjamin.
“Dua minggu lepas, PH keluarkan kenyataan bahawa mereka mahu
batalkan perjanjian penyelesaian dengan IPIC dan tidak akan membayar AS$4.5
bilion yang dikatakan kita hutang kepada IPIC.
“Yang anehnya, IPIC balas dan kata dengan jelas 1MDB
langsung tidak berhutang dengan mereka, seakan-akan menuduh kerajaan PH
berbohong,” katanya yang turut mendakwa IPIC yang berhutang dengan 1MDB dan
perlu melunaskan hutang tersebut menjelang 30 Disember 2020.
Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dilaporkan
berkata kerajaan tidak boleh mendedahkan dokumen berhubung perjanjian
penyelesaian antara IPIC dan 1MDB kerana berbuat demikian adalah tindakan
subjudis. – Bernama
1MDB langsung tak berhutang dengan IPIC, masih boleh untung – Najib
Reviewed by Me
on
04:47
Rating:

Kerajaan sepatutnya memberi penekanan kepada kesihatan mental Najib. Perkhidmatan psikiatrik yang terbaik dan percuma patut diberi kepada dia sebelumm dia dimasukkan ke Hospital Bahagia. Kesihatan mentalnya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.
ReplyDelete