Foto FMT
KUALA LUMPUR, 14 Nov
— Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam hari ini menyangkal
satu video tular di media sosial menunjukkan seolah-olah beliau pernah
membangkitkan sikap jahat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Musa berkata, klip video berdurasi 20 saat itu telah
disunting secara khusus untuk disesuaikan dengan tujuan pihak yang melakukan
penularan.
Loading...
“Isi kandungan artikel itu penuh dengan tindakan memotong
klip video berkenaan dan menokok tambah ayat-ayat yang menyesuaikannya dengan
objektif tertentu. Klip video itu tular hasil beberapa potongan di mana jelas
seolah-olah saya mengeluarkan kata-kata kesat yang ditujukan ke atas Dr
Mahathir,” katanya dalam kenyataan di sini.
Musa menjelaskan, video itu beasaskan kepada satu majlis
diskusi yang berlaku kira-kira empat tahun dulu apabila pengerusi majlis
memintanya memberi komen berhubung peletakan jawatannya sebagai timbalan
perdana menteri dahulu.
Musa adalah timbalan perdana menteri kelima dari 1981 hingga
1986.
Beliau berkata apabila diteliti kenyataan dan klip video
berkenaan, jelas bahawa perkataan 'kotor', 'berdosa besar' dan sebagainya bukan
dituju kepada Dr Mahathir tetapi kepada aktivis politik yang menyarankan untuk
menyingkirkannya daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. — Bernama
Video sebut Dr M 'jahat' disunting, ditokok tambah, kata Musa Hitam
Reviewed by Me
on
00:36
Rating:

No comments: