Bekas Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen
Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ditahan oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Utusan Malaysia Online yang memetik sumber, melaporkan
Tengku Adnan ditahan pada jam 3.15 petang selepas tiba untuk memberi keterangan
kepada SPRM berhubung isu penjualan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL).
Loading...
“Tengku Adnan sudah sampai ke ibu pejabat SPRM, selepas tiba
pada pukul 3.15 petang beliau terus ditahan,” katanya.
Tengku Adnan hari ini dipanggil bagi memberi keterangan
berhubung siasatan kes penjualan tanah DBKL semasa beliau menjadi Menteri
Wilayah Persekutuan.
Difahamkan, Tengku Adnan akan didakwa esok berhubung
siasatan kes berkenaan termasuk 97 transaksi meragukan membabitkan penjualan
tanah DBKL seluas lebih 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion.
Baru-baru ini, media melaporkan sebanyak 97 transaksi
meragukan membabitkan penjualan tanah DBKL seluas 273.27 hektar bernilai RM5.63
bilion disiasat oleh pasukan khas Kementerian Wilayah Persekutuan dan SPRM
sejak 31 Julai lalu.
Pada bulan lalu, Tengku Adnan mengakui SPRM telah
memanggilnya lebih 12 kali berhubung isu penjualan tanah tersebut. - Malaysiakini
SPRM tahan Tengku Adnan kes jualan tanah DBKL
Reviewed by Me
on
00:33
Rating:

No comments: