Foto oleh Bernama
Pakatan Harapan (PH) melihat peluang cerah untuk menawan Pos
Betau, penempatan teramai pengundi komuniti Orang Asli, pada Pilihan Raya Kecil
(PRK) Parlimen Cameron Highlands, Sabtu ini.
Ketua Cawangan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pos
Betau, Roslan Along berkata, berdasarkan gerak kerja parti itu di pos berkenaan
sentimen pengundi dilihat berubah berbanding pilihan raya umum ke-14 (PRU-14),
Mei tahun lalu.
Loading...
"Sebenarnya sini kawasan biru (berpihak kepada Barisan
Nasional-BN) tapi sudah jadi merah (berpihak kepada PH)," katanya ketika
berucap pada majlis ramah mesra bersama Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri
Mukhriz Mahathir, di pos berkenaan, semalam.
Turut hadir Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun.
Menurut Roslan, Pos Betau mempunyai 1,345 pengundi daripada
kesemua 18 kampung dengan 78 peratus pengundi berusia 60 tahun ke bawah.
Pada PRU-14 lepas, PH hanya berjaya meraih kira-kira 100
undi berbanding BN 875, dan selebihnya parti-parti lain yang bertanding di
Pusat Daerah Mengundi Pos Betau.
Mukhriz dalam pada itu menaruh harapan PH bukan sahaja dapat
menambah undi, tetapi dapat terus menang majoriti tinggi di kawasan berkenaan.
"PRK ini tak sama dengan PRU duhulu, kalau dahulu
mungkin ada perasaan pengundi di sini bahawa nak pilih wakil rakyat yang
memihak kepada kerajaan Persekutuan, waktu itu mungkin tak sangka BN akan
tumbang kepada PH,
"Kali ini yang kami harapkan pengundi kawasan ini tetap
sokong kerajaan yang ada iaitu PH, bukan lagi BN," katanya.
Bercakap di hadapan penduduk lewat petang semalam, Mukhriz
turut menyampaikan salam ayahandanya, perdana menteri yang juga Pengerusi PH,
Tun Dr Mahathir Mohamad, kepada penduduk di situ.
"Beliau dah jadi perdana menteri kali kedua umur pula
dah 93 tahun tetapi masih kuat berjuang bersama-sama kita, tentunya beliau
mahukan keputusan terbaik dalam PRK ini.
"Sebab itu dalam tempoh beberapa hari lagi beliau
sendiri akan turun sama-sama untuk suntik semangat," katanya merujuk
kepada lawatan Dr Mahathir ke Sungai Koyan, Jumaat ini.
-- Bernama
PH lihat peluang cerah tawan kubu Orang Asli Pos Betua
Reviewed by Faceless
on
17:02
Rating:

No comments: