Lokman Adam pembela Umno dan Najib Razak membuat laporan
kepada polis ekoran dakwaan Farid terhadap amalan rasuah melibatkan kerajaan BN
sebelum ini. – Foto CelotehSaje Blog
Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam
membuat laporan polis terhadap pelakon Datuk Farid Kamil berhubung dakwaan
Farid dalam isu menerima ‘suapan’ kerajaan BN.
Lokman berkata, dakwaan Farid itu berat dan perlu segera
disiasat polis kerana dilihat membuat dakwaan palsu selain mahu menghina bekas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah
Mansor.
“Berdasarkan kenyataan beliau (Farid) ini, jelas terbukti,
beliau telah gagal melaporkan cubaan merasuah dirinya.
“Kegagalan beliau melaporkan perkara yang berlaku lebih
setengah tahun lalu merupakan satu kesalahan dibawah Seksyen 25 (1) dan (2)
Akta SPRM 2009. Sekiranya disabitkan bersalah, Farid boleh didenda tidak lebih
RM100,000 atau dipenjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali,”
katanya dalam satu kenyataan.
Loading...
Farid sebelum itu dalam sebuah video yang dimuat naik dalam
Youtube MyFokus Online, semasa program TV al Hijrah jam 10 malam semalam,
berjudul “Nak jadi artis ke nak jadi ahli politik?”, berkata beliau telah cuba
dirasuah sebanyak RM 5 juta oleh pihak kerajaan (iaitu kerajaan BN yang
berkuasa sebelum 9hb Mei, 2018).
Sementara itu, Farid Kamil dilaporkan langsung tidak
terkesan dengan laporan polis yang dibuat ke atasnya oleh penyokong anggota
Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam semalam.
Farid berkata disebabkan dakwaan yang dibuatnya baru-baru
ini berkaitan isu rasuah, Lokman sepatutnya membuat laporan kepada SPRM.
“Sepatutnya dia buat aduan kepada SPRM, biar depa (mereka)
buat kerja, buat apa PDRM?
“Dah tua pun bodoh,” kata Farid kepada Malaysiakini.
Suami aktres Diana Danielle itu berkata, dia mempunyai bukti
kukuh bagi menyokong dakwaannya sebelum ini.
“Gambar pemberi rasuah dan lokasi di Mandarin Oriental semua
ada.
“Datuk Seri yang jumpa saya kata dia bekerja dengan Najib
dan Rosmah, dan nak bagi duit RM5 juta, katanya buatlah apa nak buat, janji
saya maafkan mereka berdua.
“Timbul keraguan, persoalan: kenapa berhajat besar sampai
bawa duit RM5 juta supaya maafkan Najib dan Rosmah?
“Kejadian itu buat saya fikir ni salah satu petanda tak baik
bakal berlaku dalam hidup saya,” katanya dipetik Malaysiakini.
Farid pada masa sama turut mendedahkan terdapat beberapa
orang artis yang memang disenyapkan dengan wang.
Lokman Adam dah tua pun bodoh, kata Farid Kamil
Reviewed by Me
on
04:14
Rating:

Apakah Farid yg terlibat dengan dadah itu fikir diri dia cerdik sangat?
ReplyDelete