Ahmad Ali Hidayati Mohamad (kanan) yang juga anak kepada
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan di
UIAM Gombak. – Foto SADDAM YUSOFF
GOMBAK: Anak kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu
menerima ijazah pada Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) Ke-34 di Dewan Utama Pusat Kebudayaan UIAM Kampus Gombak, di sini, hari
ini.
Ahmad Ali Hidayati Mohamad menerima Ijazah Sarjana Muda
Kejuruteraan (Mekanikal-Automotif) dengan kepujian yang disampaikan oleh Ahli
Lembaga Gabenor UIAM, Datuk Seri Syed Hussien Al-Habshee.
Mohamad berkata, beliau berterima kasih dan berbangga dengan
UIAM kerana kedua-dua anaknya bergraduasi di universiti itu.
Beliau berkata, harapannya agar Ahmad Ali Hidayati dapat
menjadi warganegara yang dapat menyumbang bakti kepada ekonomi serta
kemanusiaan di negara ini.
Loading...
“Dia (Ahmad) adalah anak kedua saya yang bergraduasi di sini
(UIAM), anak yang pertama sudah menjadi peguam. Terima kasih kepada pihak
universiti yang mendidik anak saya ini.
“Keempat-empat (anak) saya ini tidak berapa nampak menurun
(mewarisi).. tapi kalau mereka nak aktif dalam politik, tak ada masalah,
dipersilakan,” katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan.
Sementara itu, Ahmad Ali Hidayati, 27, berkata, beliau bersyukur
kerana dapat menghabiskan pengajiannya itu walaupun mengambil sedikit tempoh
masa untuk merealisasikannya.
Katanya, graduan masa kini disaran supaya tidak terlalu
memilih pekerjaan seiring cabaran kerjaya pada masa kini.
“Peluang kerja itu sentiasa ada walau sukar, tapi kalau kita
terlalu pilih kerja, susahlah.
“Walaupun kerja ini pada permulaannya kita dapat kurang
daripada apa yang kita layak, tapi awal-awal ini boleh ambil dulu sebagai
pengalaman,” katanya.
Majlis konvokesyen selama empat hari bermula semalam hingga
13 November ini, menyaksikan seramai 5,413 graduan dari 16 fakulti diraikan,
masing-masing 4,449 graduan Ijazah Sarjana Muda dan 964 graduan Sarjana dan
Ijazah Doktor Falsafah.
Pada sidang keempat itu, seramai 827 graduan menerima ijazah
membabitkan bidang pengajian kejuruteraan dan pengajian pengurusan bahasa. –
Berita Harian
Mat Sabu: Kedua-dua anak saya bergraduasi di UIAM
Reviewed by Me
on
01:14
Rating:

No comments: