Datin Seri Rosmah Mansor bakal berdepan pertuduhan baru pada
Khamis ini, dipercayai berkaitan kes projek solar di Sarawak.
Datuk Geethan Ram Vincent, peguam isteri bekas perdana
menteri, memberitahu Malay Mail bahawa
Rosmah diperintah hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 pagi.
Projek tenaga solar itu, berjumlah RM1.25 bilion, yang
dibuat untuk kegunaan sekolah diluluskan suaminya Datuk Seri Najib Razak tanpa
tatacara yang betul.
Projek memasang panel solar di 369 buah sekolah di negeri
itu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Julai
lalu.
Loading...
Rosmah dijangka akan dipanggil memberi keterangan kepada
SPRM esok. Najib disiasat perkara sama minggu lalu walau beliau menafikan ia
berkaitan kes itu.
Bekas menteri pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid juga
disiasat oleh suruhanjaya tersebut.
Pada 4 Oktober lepas, Rosmah dihadapkan dengan 12 pertuduhan
pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal membuat penyata
tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). - Projek MM
Rosmah dijangka dituduh kes seleweng dana projek solar RM1.25 bilion pula Khamis ini
Reviewed by Me
on
20:44
Rating:

No comments: