Ketua Pesuruhjaya, SPRM Mohd Shukri Abdull hari ini mengakui
bahawa beliau pernah malu menjadi rakyat Malaysia akibat gejala rasuah yang
serius di negara ini.
Katanya, rasuah di Malaysia pernah mencapai tahap yang
terlalu membimbangkan dan persepsi negara semakin merosot, lapor Malaysiakini.
Loading...
“Selalu orang bertanya rasuah di Malaysia meningkat atau
turun, penceramah selalu tak berani nak cakap benar, selalu cakap rasuah di
Malaysia ini boleh dikawal, lebih kurang macam itu.
“Saya ini tak suka cakap tak benar, saya cakap terus terang.
Tengok, rasuah di Malaysia (pada tahap) membimbangkan,” katanya semasa forum
rasuah yang dianjurkan oleh SPRM dan Kementerian Pendidikan di Putrajaya, hari
ini.
Memetik Indeks Persepsi Rasuah Malaysia (CPI) yang jatuh
daripada 52 peratus pada tahun 2014 kepada 47 peratus pada 2017, beliau berkata:
"Ia makin buruk".
“Ini fakta, jadi memang membimbangkan, kita terkenal di mata
dunia sebagai negara kleptokrasi, kita (Malaysia) bukan terkenal (sebagai)
negara integriti, memang memalukan,” katanya.
Mohd Shukri juga mengakui beliau amat malu dengan tahap
rasuah di negara ini pada satu ketika.
“Saya pernah pergi ke luar negara (pada) 2016,... dia (orang
luar) tanya awak dari mana mana, dalam bahasa Inggeris, saya malu nak sebut
saya orang (rakyat) Malaysia, sampai peringkat macam itu.
“Saya kata saya orang Indonesia. Maksudnya begitu kedudukan
kita pada masa itu,” katanya.
Shukri Abdull pernah mengaku sebagai orang Indonesia
Reviewed by Me
on
21:00
Rating:

No comments: