Azeez disiasat SPRM lagi berhubung dana Kelab Putera 1Malaysia


Anggota Parlimen Baling dan bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji, Azeez Abdul Rahim menjadi fokus siasatan SPRM sekali lagi.

Siasatan SPRM tersebut berhubung dana digunakan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) untuk beberapa misi kemanusiaan mereka yang mana Azeez adalah pengerusi kelab berkenaan.


Loading...

Malaysiakini melaporkan menurut sumber yang dekat dengan siasatan tersebut Azeez disyaki melantik beberapa syarikat yang ada kaitan dengan saudara-mara atau kenalannya untuk menjadi pembekal barangan bagi projek-projek KP1M sama ada di negara ini atau di luar Malaysia.

“Setakat ini penyiasat SPRM sudah memanggil sekurang-kurangnya lima individu yang ada kaitan dengan projek KP1M untuk disoal siasat.



“Mereka menemui kadar belian untuk beberapa projek kemanusiaan KP1M tidak selaras dengan apa yang diumumkan kepada orang ramai,” katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan agensi antirasuah itu sedang menyiasat isu berkenaan.

Beliau juga mengesahkan Azeez antara orang yang berkepentingan dalam siasatan tersebut namun enggan memberi komen lanjut.

Untuk rekod pada 2013 saja dilaporkan KP1M melakukan 34 misi kemanusiaan termasuk di Syria, Filipina, Somalia dan Jepun. - malaysian review
Azeez disiasat SPRM lagi berhubung dana Kelab Putera 1Malaysia Azeez disiasat SPRM lagi berhubung dana Kelab Putera 1Malaysia Reviewed by Me on 05:34 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.