Foto Astro Awani
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berhasrat
untuk menjawat jawatan Perdana Menteri melebihi dua tahun disebabkan faktor
umur meskipun rakyat memintanya untuk berbuat demikian.
"Itu rakyat (yang) minta, saya kena jaga kesihatan saya
sama. Saya dah tua," katanya ketika sidang media selepas membuat ucapan
penggulungan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2018 yang diadakan
bermula Jumaat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari
ini.
Loading...
Tambah beliau, tugasnya sebagai Perdana Menteri akan tamat
dalam masa terdekat dan penggantinya dilihat bersedia untuk menggalas jawatan
itu.
"Saya ada makan malam dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim,
tetapi isu ini (peralihan kuasa) tidak dibincangkan.
"Saya rasa dia selesa bila ambil alih jawatan (Perdana
Menteri) daripada saya," tambahnya lagi.
Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Pakatan
Harapan membuat keputusan bahawa Dr Mahathir akan hanya akan memegang jawatan
Perdana Menteri tidak melebihi tempoh dua tahun.
Beliau seterusnya akan diganti oleh presiden PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Terdahulu, Dr Mahathir bertegas beliau akan tetap berpegang
pada janji untuk bersara daripada jawatan Perdana Menteri selepas dua tahun.
Meskipun ada beberapa perwakilan yang mencadangkan agar
beliau kekal memegang jawatan Perdana Menteri hingga PRU15, Dr Mahathir tetap
menunaikan janji bersama Pakatan Harapan. - Astro Awani
Anwar akan rasa selesa bila ambil tugas PM daripada saya - Tun Mahathir
Reviewed by Faceless
on
18:09
Rating:
No comments: