Foto NST
PUTRAJAYA —
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka bertemu Persatuan Pengusaha
Stesen Minyak Malaysia (PDAM) esok untuk membincangkan pengumuman Putrajaya
mengenai sistem apungan harga minyak secara mingguan.
Loading...
Perdana Menteri berkata perbincangan itu akan memberi
tumpuan tentang bagaimana untuk mengatasi kebimbangan PDAM selepas sistem
apungan harga minyak secara mingguan bermula pada Selasa.
“Ya, mereka datang berjumpa, kita akan berbincang dengan
mereka dan kita sedang cuba untuk menyelesaikan masalah ini. Saya akan
berbincang dengan mereka esok jika mungkin dan kita akan berusaha mencari cara
terbaik untuk menyelesaikan masalah ini,” kata beliau kepada media selepas
penutupan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
kali kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.
Baru-baru ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan
bahawa mulai 1 Jan, 2019, harga bahan api termasuk RON 95, akan mula diapungkan
secara mingguan.
Pengumuman itu mendorong PDAM menggesa kerajaan untuk
menaikkan kadar komisen bagi jualan bahan api untuk anggotanya bagi menampung
kos operasi yang dijangka meningkat berikutan penetapan harga jualan runcit
petroleum secara mingguan.
Ketika ditanya sama ada kerajaan bimbang sama ada kekurangan
bekalan bahan api akan berlaku selepas sistem apungan harga bahan api mingguan
dilaksanakan, Dr Mahathir berkata beliau hanya dapat memberi jaminan bahawa
bekalan adalah mencukupi.
“Anda sentiasa meminta jaminan, ya saya hanya boleh memberi
jaminan tetapi jika bekalan tidak mencukupi apa yang boleh saya lakukan,”
katanya. — Bernama
Apungan harga minyak, PM temu persatuan pengusaha stesen hari ini
Reviewed by Faceless
on
18:19
Rating:
No comments: