Bekas ahli Umno tak boleh pegang jawatan sampai PRU ke-15, kata Dr M

Foto Berita Harian

Bekas ahli Umno yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak dibenarkan memegang jawatan sehingga PRU ke-15.

Loading...
Pengerusi Bersatu memberikan jaminan itu dalam ucapan pada Perhimpunan Agung Tahunan Kali Kedua Bersatu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini, seperti dilapor Malaysiakini.

“Jika diterima, tidak boleh pegang jawatan sehingga PRU-15. Lama. Ya lama.

“Ujian keikhlasan tidak boleh dipercepat. Hanya jika betul-betul ikhlas, jika sudah buang budaya Umno, barulah boleh diterima sesuai untuk pegang jawatan,” katanya.

Berucap di hadapan kira-kira 1,500 perwakilan, Mahathir berkata, terdapat ahli Bersatu yang bimbang penerimaan bekas anggota Umno akan membawa budaya parti lama parti mereka.

Bagaimanapun, jelas Mahathir, perkara tersebut tidak akan dibiarkan berkembang dalam Bersatu.

“Yang akan bertukar ialah bekas parti lain. Mereka akan serap budaya kita. Mereka akan bekerjasama dengan kita,” katanya lagi.
Bekas ahli Umno tak boleh pegang jawatan sampai PRU ke-15, kata Dr M Bekas ahli Umno tak boleh pegang jawatan sampai PRU ke-15, kata Dr M Reviewed by Faceless on 07:55 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.