Foto Astro Awani
Pasukan Khas Selamatkan Sekolah Kebangsaan (SK) St Thomas,
Kuantan merancang untuk mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pendidikan Dr
Maszlee Malik sebolehnya bulan hadapan, bagi membincangkan masa hadapan sekolah
berkenaan.
Pengerusi Alumni sekolah itu Abdul Rahman Abdul Razak
berkata dalam pertemuan itu nanti pihaknya akan memohon agar pelajar SK St
Thomas dipindahkan ke tapak asalnya, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
St Thomas dipindahkan kembali ke tempat asal yang kini digunakan sebagai
sekolah antarabangsa.
Loading...
Beliau berkata sekiranya permohonan pasukan khas yang
ditubuhkan sejak tiga bulan lepas itu kepada Maszlee tidak berjaya, mereka
tetap bersetuju untuk berpindah ke bangunan baharu, “walaupun dengan berat
hati”.
"Bagaimanapun kami masih mahu supaya nama St Thomas
dikekalkan kerana ia merupakan identiti kepada hampir 30,000 bekas
pelajarnya... tambahan pula sekolah ini sudah berusia 68 tahun," katanya
kepada pemberita selepas menghadiri Program Bekas Murid Balik ke St Thomas
sempena hari orientasi murid tahun satu sekolah itu di sini hari ini, yang
turut menyaksikan 84 murid menerima bantuan persekolahan daripada bekas
pelajar.
Sekolah St Thomas yang di buka pada 1950 kini berkongsi
kemudahan bersama SK Teruntum bagi pendidikan sekolah rendah manakala bagi
pelajar SMK St Thomas, mereka berkongsi dengan SMK Sultan Abu Bakar setelah
diperintahkan untuk mengosongkan bangunan mereka di Jalan Gambut.
Sekolah itu tersepit dalam pertelingkahan undang-undang
antara Gereja St Thomas dan kerajaan negeri berkaitan tanah milik gereja seluas
2.4 hektar, dan pihak kerajaan negeri juga sebelum ini, meluluskan projek
pembinaan kedua-dua sekolah itu di tapak baru seluas 12 hektar di Kemunting
pada 2017 yang melibatkan peruntukan RM56 juta. - Bernama
Pasukan Khas Selamatkan SK ST Thomas mahu jumpa Maszlee
Reviewed by Faceless
on
20:02
Rating:

No comments: