Perhimpunan agung tahunan kedua Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (Bersatu) yang bermula hari ini akan memberikan tumpuan kepada usaha
membangunkan negara dan membentuk masa depan Malaysia baharu yang lebih
gemilang.
Loading...
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selepas
menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14),
bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH), parti itu perlu memainkan
peranan dalam mendukung hasrat kerajaan melaksanakan semua agenda, manifesto,
cadangan perubahan dan pentadbiran termasuk di peringkat Parlimen, menggubal
undang-undang baharu dan memansuhkan undang-undang lama.
"Kita kini adalah gerakan politik baharu, haluan
baharu. Kita bentuk masa depan negara baharu, ini yang kita tumpukan. Apabila
hala tuju sebegitu rupa dan jelas, maka rakyat tahu kita boleh buat
(memerintah)," katanya dalam temu bual dengan beberapa organisasi media
baru-baru ini.
Temu bual itu diadakan bersempena perhimpunan agung kali
kedua parti itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula malam
ini hingga Ahad.
Kira-kira 3,000 perwakilan dijangka menghadiri perhimpunan
agung tiga hari itu melibatkan 135 bahagian di seluruh negara, termasuk 98
bahagian sayap Srikandi dan 115 sayap Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). -
Bernama
Bentuk masa depan baharu bersama Bersatu - Muhyiddin
Reviewed by Faceless
on
19:27
Rating:

No comments: