PPBM tidak akan berubah, Dr M tetapkan landasan - Muhyiddin

Foto Berita Harian

Perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak berubah selepas pengasasnya Tun Dr Mahathir Mohamad berundur, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jadi Dr Mahathir Mohamad sudah menggariskan landasan. Kita mesti konsisten, mesti istiqamah, mesti ada lurus haluan kita dan jelas,” kata presiden parti seperti dilapor Malaysiakini.

Loading...
Menteri dalam negeri berkata PPBM juga “takkan berubah selagi ada matahari dan bulan, selagi bintang bersinar, selagi bunga masih mengembang”.

Mengakui bakal meninggalkan parti “dalam satu tempoh tak berapa lama lagi”, Muhyiddin yakin ramai pemimpin pelapis muncul pada masa depan.

“Walaupun pemimpin akan datang silih berganti. Macam lain-lain parti politik, presidennya takkan kekal berpuluh tahun, akan silih berganti,” katanya.

“Pemimpin-pemimpin lama akan berundur sampai masa saya akan berundur, Tun (Mahathir) mungkin akan berundur, yang muda akan ambil alih”.

Ahli parlimen Pagoh juga yakin PPBM mampu bertahan dan tidak akan menjadi “Umno 2.0” walau bekas ahli parti tersebut ada diterima sebagai ahli.

“Tak betul. Saya dah sebut berulang-ulang kali ini adalah PPBM, namanya pun, perlembagaan pun, dasar perjuangan pun telah dijelaskan,” katanya.

“Kita juga ada dasar penerimaan ahli supaya orang tidak menjenamakan kita sebagai Umno 2.0,” kata bekas timbalan presiden Umno lagi. - ProjekMM
PPBM tidak akan berubah, Dr M tetapkan landasan - Muhyiddin PPBM tidak akan berubah, Dr M tetapkan landasan - Muhyiddin Reviewed by Faceless on 19:24 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.