Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyelaraskan siasatan kes
kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim mengikut peruntukan seksyen
yang telah dipinda, kata Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun.
"Kes melibatkan Allahyarham (Adib) kini
diklasifikasikan semula daripada Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cubaan membunuh)
kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan (bunuh) dan siasatan lanjut akan
diselaraskan mengikut peruntukan seksyen yang telah dipinda,” katanya dalam
kenyataan hari ini.
Loading...
Dalam pada itu, Mohamad Fuzi berkata PDRM ingin menasihati
semua pihak agar tidak bertindak dalam apa jua cara yang boleh membangkitkan
sensitiviti perkauman atau keagamaan ekoran insiden rusuhan di kuil Sri Maha
Mariamman, Seafield, Subang Jaya, bulan lepas.
Beliau mewakili seluruh warga PDRM turut menzahirkan rasa
dukacita dan merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib yang
meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.41 malam tadi.
Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib,
24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba
dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan
perusuh di hadapan kuil berkenaan.
Allahyarham ketika itu menyertai operasi memadam kebakaran
di hadapan kuil itu.
- Bernama
IGP: Polis selaras siasatan kes bunuh Adib
Reviewed by Faceless
on
01:37
Rating:
Reviewed by Faceless
on
01:37
Rating:

No comments: