Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Foto Astro Awani
Berucap di pentas Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2
yang diadakan di Putrajaya hari ini, Ketua Pemuda Parti Bersatu Malaysia
(Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa lari dari teks ucapan
asalnya.
Ini demikian kerana beliau tidak selesa mendengar beberapa
perwakilan yang bercakap isu jawatan dan kontrak.
Loading...
Syed Saddiq tidak menyebut perwakilan-perwakilan yang
dimaksudkan, namun secara spesifik menyebut perwakilan Wilayah Persekutuan yang
menurutnya membangkitkan isu kontrak.
"Saya nak tegur sebagai anak muda. Perwakilan Wilayah
tadi. Sampai berani nak namakan menteri yang menjanjikan (kontrak). Tak masuk
akal!
"Bayangkan, itu boleh jadi kes SPRM. Mana boleh!
"Kalau layak guna saluran yang betul. Pergi tengok
(perhimpunan) PKR, DAP, dan Amanah.
"Tengok Umno dulu pun tak berani bincang perkara
seperti ini di khalayak umum. Mana maruah kita?" katanya dengan suara yang
lantang disambut tepukan beberapa hadirin.
Tambah Syed Saddiq, perwakilan berkenaan merupakan
"orang sama" yang menuduhnya sebagai tidak cukup Melayu.
"Orang sama yang kata saya tak Melayu sangat, tidak
memperjuangkan ketuanan Melayu, sanggup bincang tentang kontrak. Kata, bukalah
pintu (untuk kontrak). Masya-Allah," katanya.
Jelas Syed Saddiq, golongan Melayu yang seharusnya ditolong
anak-anak muda Felda yang miskin dan anak muda yang tidak berpeluang masuk
universiti, bukannya orang Melayu yang sentiasa mahu menjaja kontrak.
Sebelum itu, Syed Saddiq mengajak hadirin mengimbas semula
ketika Bersatu mula-mula ditubuhkan.
"Ingat semula di mana kita pada masa tersebut. Kita
tiada jawatan, tiada harta, tiada kontrak. Yang ada semua dilucutkan dan
disekat. Bukan saja itu, bila nak pakai dewan tak boleh.
"Walaupun Umno ada semua itu, mereka tetap kecundang di
tangan rakyat. Kenapa? Kerana perjuangan kita perjuangan yang ikhlas,"
katanya.
Hari ini merupakan hari terakhir Perhimpunan Agung Tahunan
Bersatu ke-2 yang bermula sejak Jumaat lalu. - Malaysiakini
Tidak selesa, Syed Saddiq tegur perwakilan guna pentas minta kontrak
Reviewed by Faceless
on
02:39
Rating:
No comments: