Foto oleh Bernama
KOTA KINABALU: Kira-kira 2,000 orang daripada 38 cawangan
Parti Warisan Sabah (Warisan) di bahagian Putatan pada Rabu menyerahkan borang
keahlian parti.
Borang keahlian itu diserahkan oleh ketua-ketua cawangan
berkenaan kepada Ketua Bahagian Warisan Putatan Terence Siambun dan disaksikan
oleh Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Uda Sulai.
Loading...
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Terence
berkata kebanyakan mereka yang menyertai Warisan itu adalah bekas anggota UMNO
yang telah meninggalkan parti berkenaan sebelum ini.
"Ada juga dalam kalangan mereka yang belum pernah
menyertai mana-mana parti sebelum ini...dan saya lihat kemasukan beramai-ramai
pada hari ini menunjukkan parti ini semakin diterima oleh rakyat,"
katanya.
Beliau berkata kemasukan kira-kira 2,000 anggota baharu itu
kini menjadikan Warisan Putatan kini mempunyai lebih 10,000 ahli dan lebih 100
cawangan.
Sementara itu, Uda yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri
Petagas berkata kemasukan anggota baharu berkenaan akan memperkuatkan lagi
parti itu di bahagian tersebut.
"Kemasukan ini menunjukkan keyakinan masyarakat Putatan
terhadap Warisan. Mereka yang menyertai Warisan ini tidak dipaksa dan tiada
habuan yang diberikan kepada mereka.
"Oleh itu saya meminta semua anggota parti di Putatan
ini terus menyokong pucuk pimpinan demi pembangunan di Sabah khususnya di
Putatan," katanya.
-- BERNAMA
2,000 sertai Warisan di Putatan
Reviewed by Faceless
on
22:31
Rating:
![2,000 sertai Warisan di Putatan](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgIaPL45JKRH4XoNtzfDojQBGtZIgUYskJQmBeGmQ82odRWNOJaG4PZ647WKy_0_XMNzwTqA_zNb1Vk84AS5IzRw7oLqF1sLPRLulkV1MmuYhL-yNglVLJsuXdW4KeZ66aJphLZvD7vBLSL/s72-c/parti-warisan-bernama-310119-1.jpg)
No comments: