KUALA LUMPUR — Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang
di-Pertuan Agong ke-16 hari ini bagi tempoh lima tahun.
Istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah
jawatan yang akan diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-252 (Khas)
di Balairung Seri, Istana Negara akan
turut menyaksikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengangkat sumpah sebagai
Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.
Loading...
Di hadapan sultan dan raja Melayu, kerabat diraja serta
dif-dif kenamaan, Sultan Abdullah akan menandatangani Surat-surat Perisytiharan Memegang Jawatan, yang isi
kandungannya dibacakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Tunku Azizah Aminah
Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dijadual berangkat dari Istana
Abdulaziz, Kuantan pada 7.00 pagi ke ibu negara bagi menghadiri istiadat
berkenaan.
Istiadat Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong ke-16 akan bermula di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada 8.30 pagi.
Rombongan diraja kemudian akan berangkat ke Dataran Parlimen
bagi acara sambutan rasmi sebelum ke Istana Negara untuk istiadat melafaz dan
menandatangani surat sumpah jawatan.
Sultan Abdullah menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak
jawatan pada 6 Januari lepas. — Bernama
Sultan Abdullah angkat sumpah Agong ke-16 hari ini
Reviewed by Faceless
on
17:02
Rating:
![Sultan Abdullah angkat sumpah Agong ke-16 hari ini](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgdVzU4346pEsEbR9H82ezggISW4nr4COPiXENcTbhCeT7dNMvyNV_5fwM73agRDbF_-vwf5fkpDPrzXEbwt9lsX1F3MtRDnIggiNfA6i0lWGGYWP3AlgggEuniSZiiNqS505EUnhds34WI/s72-c/Sultan+Pahang+Al-Sultan+Abdullah+Ri%25E2%2580%2599ayatuddin+Al-Mustafa+Billah+Shah.jpeg)
No comments: