SEGAMAT — Seorang pelajar perempuan di sebuah
sekolah menengah di sini, maut selepas digilis bas sekolah dinaikinya dalam kejadian
di Jalan Mutiara 8, Taman Tenang, petang semalam.
Loading...
M. Ranjani Devi, 18, dari Johor Labis Estate, Chaah di sini,
yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di
lokasi dalam kejadian kira-kira 3 petang itu.
Ketua Polis Daerah Segamat, Supt Raub Selamat berkata
siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika bas terbabit menghantar
mangsa dan pelajar sekolah lain pulang ke rumah.
“Mangsa dipercayai sedang berdiri di tangga pintu keluar bas
berkenaan dan tiba-tiba terjatuh lalu digilis bahagian tayar kiri belakang.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta
Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya
dalam kenyataan di sini, hari ini. — Bernama
Berdiri di tangga bas, pelajar maut digilis balik sekolah
Reviewed by Faceless
on
16:28
Rating:
![Berdiri di tangga bas, pelajar maut digilis balik sekolah](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmbyaovKu6kwA_hj1i3G8HO60glignsuvCTSzrIbAb6UuPFyxpCHgDUYZckbvMVESvuw2TeltPNBda5TH_lgedUAREJWN7y8J1C7cQ3xg8Nv_PqGaTK5pjd8Wif1bytbBA3FV_kM9Gm3_H/s72-c/pelajarmautbas.jpg)
No comments: