Chef Wan teringin nak tampar Najib, Isa Samad

Foto oleh TMI

Chef Wan hari ini dengan garang menyatakan rasa kecewanya kepada BN, khususnya kepada ekas presidennya iaitu Najib Razak.
Beliau yang hadir berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai tadi berasa kecewa dengan keadaan Felda semasa ditadbir kerajaan BN.

Loading...
"Sebelum pilihan raya lalu mak saya dapat RM5,000 dan anak-anak Felda dapat RM5,000.
"Mak saya kata, kerajaan bagi RM5,000 (tapi) saya cakap pada dia, saya tak nak ambil duit tu. Itu duit rasuah," katanya kepada media.
Terdahulu cef selebriti itu hadir untuk berkempen dan mengadakan demonstrasi memasak di petempatan Felda berkenaan yang turut di hadiri Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dan juga calon PH M Manogaran.

"Macam mana kamu (Najib) boleh biarkan Felda disalah urus begitu? Come on!
"Kamu letak Isa Samad (bekas pengerusi Felda) di situ dengan tahu ada bermacam hal dia buat sebelumnya.
"Kalau dia (Isa) ada di sini I tampar muka dia," katanya.
“I tampar muka Najib tu, kurang ajar!" katanya.
Kata Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail itu lagi, dia tidak peduli apa pun dengan tindakannya kerana terlalu marah dengan cara kerajaan terdahulu menguruskan wang rakyat.
"Aku peduli apa, itu duit cukai (rakyat) yang letak di situ, kamu beritahu dia benda tu," katanya lagi.
Sebelum ini Najib yang turun berkempen pada 18 Julai lalu, menyifatkan Felda melalui zaman kegemilangan semasa ditadbir oleh kerajaan di bawah pimpinannya.
Kenyataan itu jelas menimbulkan ketidakpuasan hati Chef Wan yang juga anak Felda.
Chef Wan teringin nak tampar Najib, Isa Samad Chef Wan teringin nak tampar Najib, Isa Samad Reviewed by Me on 04:23 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.