Foto Kosmo
KUALA LUMPUR - Polis menahan empat rakan serumah seorang ibu
tunggal warga Indonesia yang ditemui mati dipercayai dibunuh di rumah sewanya
di Taman Universiti, Seri Kembangan dekat sini petang semalam bagi membantu
siasatan.
Loading...
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan
berkata, dua lelaki dan dua wanita Indonesia terbabit direman lima hari hingga
Khamis depan.
"Motif kejadian disyaki disebabkan perselisihan faham
atau cemburu akibat orang ketiga iaitu kekasih atau teman lain.
"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mempunyai
teman lelaki warga Indonesia yang pernah mengajak mangsa berkahwin. Polis
sedang mengesan teman lelaki mangsa yang melarikan diri," katanya dalam
kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, telefon bimbit milik mangsa turut hilang
dipercayai dilarikan oleh suspek dan polis kini sedang giat mengesan suspek
berkenaan. - Bernama
Polis tahan empat rakan serumah ibu tunggal mangsa bunuh
Reviewed by Faceless
on
19:16
Rating:

No comments: