Selepas Tanah Merah, Mersing pula nafi ingin ‘U turn’ kepada Umno


Selepas ahli parlimen Tanah Merah, kini giliran wakil rakyat Mersing pula menafikan mereka akan kembali menyertai Umno selepas sebulan meninggalkannya.

Datuk Abdul Latiff Ahmad, bersama lima lagi ahli parlimen yang keluar Umno pada 14 Disember lalu, tetap kekal dengan keputusan itu, lapor portal Berita Harian. 


Loading...

“Laporan kononnya kami sepakat untuk ‘U turn’ [pusingan U], tidak mungkin. Berita sebegini hanya sekadar gosip politik.

“Kami hairan kerana kami sendiri tidak tahu-menahu mengenai permohonan untuk kembali kepada Umno,” katanya, yang menyifatkan ia sebagai kerja “penulis upahan”.


Selain Abdul Latiff dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), mereka ialah Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut) dan Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam).

Rabu lalu, Ikmal Hisham menegaskan beliau masih lagi ahli parlimen Bebas dan belum memikirkan untuk menyertai parti lain atau membentuk parti baru.

Sejak seminggu lalu muncul desas-desus mereka berenam mahu berpatah balik kepada Umno setelah gagal menyertai satu parti dalam Pakatan Harapan.

Pada Selasa, menurut Utusan Online, setiausaha agung Umno Tan Sri Annuar Musa mengesahkan ada perbincangan mengenai kemasukan semula mereka tetapi borang rasmi tidak diserahkan.

Minggu lalu, Sinar Harian melaporkan terdapat spekulasi lima daripada mereka ingin bersama Umno semula setelah ditolak menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). - Projek MM
Selepas Tanah Merah, Mersing pula nafi ingin ‘U turn’ kepada Umno Selepas Tanah Merah, Mersing pula nafi ingin ‘U turn’ kepada Umno Reviewed by Faceless on 19:13 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.