“SAYA mengharapkan supaya kita semua mengguna pakai darjah
kebesaran KSM yang saya olah menjadi ‘Kerja Seperti Mahathir’,” kata Menteri
Besar Johor, Datuk Osman Sapian di Johor Bahru, hari ini.
Osman berkata, beliau mahu semua kakitangan awam yang
memilih kerjaya seperti itu untuk mencontohi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad yang komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.
Loading...
“Memilih kerjaya sebagai penjawat awam bererti kita memilih
untuk berkhidmat dan menabur bakti kepada rakyat dan negeri.
“Saya mengharapkan supaya kita semua boleh mengguna pakai
darjah kebesaran Kerja Seperti Mahathir kerana konteks dunia semasa sudah
berubah dengan cepat, rutin 8 pagi hingga 5 petang dilihat tidak sesuai dengan
aspirasi kerajaan semasa.
“Penjawat awam perlu sentiasa produktif dinamik dalam
menjalankan amanah dan tanggungjawab, selain kerja dilaksanakan perlu dilakukan
penuh keikhlasan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Yang Amat
Berhormat Menteri Besar Johor Bersama Pegawai-Pegawai dan Anggota Perkhidmatan
Awam Negeri Johor Tahun 2019 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Educity,
Iskandar Puteri di Johor Bahru, hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani dan
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat.
Katanya, beliau turut meminjam kata-kata pemimpin utama
negara yang sentiasa menjadi pegangan kepadanya untuk berkhidmat pada
masyarakat.
“Tun Dr Mahathir Mohamad mengungkapkan ‘bintang kebesaran
yang paling saya minati ialah KSM, Kerja Sampai Mati.
“Walaupun ungkapan itu dinyatakan secara berseloroh tetapi
memberi makna yang cukup mendalam, lebih-lebih lagi ia keluar dari mulut
seorang pemimpin yang berusia 94 tahun,” katanya.
Dalam ucapannya, Osman juga memberi tumpuan pentadbirannya
dalam menerajui negeri ini dengan menekankan tiga agenda utama.
“Pertamanya, mendokong aspirasi kerajaan baharu, kedua
pembangunan lestari dan berterusan serta terakhir memodenkan perkhidmatan awam
supaya lebih responsif.
Osman juga memberi komitmen untuk menyelesaikan segala
permasalahan berbangkit dan jentera kerajaan negeri tidak akan terpesong dalam
memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat Johor.
“Saya ingin memulakan amanat saya dengan menyatakan komitmen
saya dan barisan kepimpinan yang baharu ini untuk menterjemah aspirasi rakyat
sekali gus menerajui perubahan dan membawa negeri ini ke satu era baharu.
“Era baharu yang saya maksudkan adalah membawa negeri ini
mencapai status sebagai sebuah negeri maju, berprestasi tinggi dan
bangsanya bestari,” katanya. - Harian Metro
Kerja Seperti Mahathir, Kerja Sampai Mati - MB Johor
Reviewed by Faceless
on
21:52
Rating:

No comments: