Foto oleh Bernama
Malaysia tidak akan berganjak dengan keputusannya menghalang kemasukan atlet Israel demi nasib Palestin, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Ini katanya walaupun negara terpaksa melepaskan peluang penganjuran sukan antarabangsa.
Loading...
"Malaysia bertegas dengan keputusan kita atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan terhadap nasib Palestin. Kita tidak akan berkompromi.
"Sekiranya menjadi tuan rumah acara sukan antarabangsa lebih penting daripada berdiri membela saudara-saudara Palestin kita yang dibunuh, dicela dan diseksa oleh rejim (perdana menteri Benjamin) Netanyahu, ini bermakna Malaysia telah benar-benar kehilangan pegangan moral," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.
Syed Saddiq mengulas keputusan lembaga pengurusan Jawatankuasa Para Antarabangsa (IPC) untuk menarik balik kelayakan penganjuran kejohanan renang paralimpik antarabangsa di Malaysia.
IPC memutuskan Malaysia hilang kelayakan untuk menganjurkan Kejohanan Renang Dunia Para 2019 susulan kerajaan melarang atlet Israel daripada bertanding, lapor Malaysiakini.
"Kesemua kejohanan dunia mesti terbuka untuk semua atlet dan negara yang layak untuk bersaing dengan selamat dan bebas daripada diskriminasi," kata Presiden IPC Andrew Parsons dalam satu kenyataan hari ini.
Kejohanan tersebut, suatu pertandingan kelayakan untuk Paralimpik Tokyo 2020, telah dijadualkan berlangsung di Kuching antara 29 Julai dan 4 Ogos 2019.
Malaysia tidak akan berganjak, demi Palestin - Syed Saddiq
Reviewed by Me
on
06:01
Rating:

No comments: