Azmin Ali berselfie bersama Tun Mahathir - Foto oleh The Star
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi akaun Twitter rasminya berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar akan berkhidmat
sehingga ke akhir hayatnya.
Beliau turut menyatakan rasa syukur dengan perkhidmatan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Loading...
Mohamed Azmin turut menyampaikan rasa terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana meyakinkan
beliau bahawa Tun Mahathir merupakan "the best choice" (pilihan terbaik) untuk memimpin negara kini.
Sebelum ini pada penghujung Disember tahun lalu, Mohamed Azmin yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR turut mendoakan kesihatan yang berpanjangan
buat Tun Mahathir ketika beliau mengerjakan ibadah umrah bersama ahli keluarga.
“Saya juga mendoakan di hadapan Kaabah semoga Allah SWT
menganugerahkan YAB Tun (Tun Dr Mahathir) dengan kesihatan yang terbaik dan
kekuatan untuk memimpin umat dan negara Malaysia," tulis beliau di Twitter.
Sebelum ini Mohamed Azmin menghadapi pertarungan sengit bagi merebut jawatan Timbalan
Presiden PKR yang akhirnya dimenangi beliau sekali gus
membolehkan beliau buat pertama kali bergandingan dengan mentornya dan bakal
Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun pemerhati politik melihat kemenangan Mohamed Azmin mungkin
boleh memberi tekanan kepada Anwar ekoran persepsi liar kononnya Presiden PKR
itu lebih selesa bersama Rafizi, selain tidak menolak kemungkinan peralihan
kuasa yang lebih cepat untuk Mohamed Azmin menjadi Perdana Menteri selepas
Anwar. - Malaysian Update
Terima kasih rakyat Malaysia kerana meyakinkan saya bahawa Tun @chedetofficial adalah the best choice untuk memimpin negara.— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) January 26, 2019
PM @chedetofficial berikrar akan berkhidmat hingga ke akhir hayat demi umat dan negara. Alhamdulillah teruskan khidmatmu Tun.— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) January 26, 2019
"Terima kasih rakyat malaysia kerana yakinkan saya Tun M pilihan terbaik" - Azmin
Reviewed by Faceless
on
16:39
Rating:

No comments: